Feed My Hamster

JUST STOP FOR A WHILE AND SIGN UP MY GUEST BOOK

Sunday, December 20, 2009

One morning, on November 28, 2009, I went to the Hot Spring Pool in Gersik Muar together with my brother in-law and our children. Here are some notes about the history of the hot spring wchich I goot from the information board at the entrance.

Sejarah Kolam Air Panas Sungai Gersik Muar

Menurut sejarah yang dapat dikesan dari Pejabat Pendaftaran Tanah dan cerita orang tua-tua, pembukaan Kampung Gersik ini bermula pada tahun 1883. Peneroka asal kampong ini ialah Orangkaya Ali dari Muar dan para pengikutnya yang menyusuri pantai Selat Melaka setelah berlaku perselisihan keluarga.

Penemuan kolam air panas Sungai Gersik merupakan satu-satunya yang airnya sentiasa panas secara semulajadi terdapat di Daerah Muar khasnya dan negeri Johor amnya. Kolam air panas ini mula ditemui oleh Tuan Haji Abd Rahman bin Haji Irsad atau lebih dikenali dengan nama Haji Abdul Rahman bin Getu pada tahun 1911. Ketika ini Kampung Sungai Gersik telah diterokai sejauh 2.5 Kilometer ke pedalaman dan kawasan sekitar Kolam Air Panas ini masih lagi hutan belantara. Pada suatu hari, Haji Abd Rahman telah masuk ke hutan untuk mencari linau dan anak kayu untuk dijadikan bahan membuat pondoknya. Setelah linau anak kayu diperolehi menjelang tengah hari, beliau telah ternampak sesuatu yang aneh menyerupai sebuah tasik kecil bergais pusat kira-kira 3 meter dikelilingi oleh lembah berlumpur serta semak. Airnya menggelegak dan berasap mengalir ke lembah di sekitarnya. Setelah itu, Haji Abd Rahman berasa seram dan takut lalu terus meninggalkan tempat itu tanpa mengambil kayu yang dikumpulnya tadi. Malang sungguh nasib Haji Abd Rahman kerana beliau tidak Berjaya mencari jalan pulang, sesat hingga ke senja. Haji Abd Rahman pun pulang lantas menceritakan kiisqah penemuannya itu kepada penduduk kampong. Anehnya kolam yang menjadi cerita hangat di kalangan penduduk kampong itu tidak pula ditemui apabila dicari. Kira-kira 3 bulan kemudian, haji Abd Rahman bersama Rajikan pergi ke hutan untuk mencari anak kayu dan rotan menemui semula kolam air panas yang diceritajan itu, beliau terus merintis jalan serta membuat tanda pada pokok-pokok sampai ke jalan keluar dari tempat yang tidak dapat dilupai hingga sekarang. DARIPADA PEJABAT DAERAH MUAR JKKK SG. GERSIK TEKS INI DIPETIK DARI PAPAN TANDA YANG DIPAPAR DI PINTU MASUK KOLAM AIR PANAS SUNGAI GERSIK, MUAR.

No comments:

MY FAVOURITE SONG

numenmail.com